Tuesday 13 March 2012

Menangis Lagi

Sudah lama tak merasai mimpi yang seindah ini....bila terjaga mula merasai kehilangan yang nyata di dunia ini. Ya ALLAH...aku sungguh merindui arwah abah ku...sudah lama aku tak berborak dengan dia.... sungguh indah mimpi yang aku dapat malam tadi....walaupun arwah abah tak bercakap...tapi hati aku dapat merasai betapa aku rindu kan dia....rindu kan bebelan nya...ermm

indah sungguh kalau masa dapat diputar dan abah dapat tengok aku menjadi cikgu....seperti yang dia inginkan. Hidup perlu diteruskan dan masa lalu perlu menjadi memori indah dalam hidup ku. Doa dari anak mu akan sentiasa diberikan sehingga anak mu pula menemui mu....

Tidur dengan tenang

senyum...dan lepaskan semua...sebelum aku menutup mata....mati sementara....
tenangkan hati mu dengan memaafkan semua....maafkan diri mu yang selalu menjadi punca kepada pergaduhan...maafkan sikap mu sentiasa kasar terhadap orang lain....maafkan minda mu yang sentiasa berfikir negatif terhadap insan yang kau sayang....maafkan diri mu yang sentiasa cemburu di atas kebaikan orang.... maafkan hati mu yang sentiasa sayang kepada orang yang meluka kan mu....

maafkan semua...maafkan diri...mu dulu...maafkan dengan seikhlas hati....keikhlas itu lah kunci kepada ketenangan hati dan kekuatan iman mu....sedar lah, iman mu sentiasa diuji dengan kelemahan mu.... kelemahan di mana kamu sendiri tahu...kamu sendiri faham...tetapi kamu tidak dapat menahan diri dari bersedih...

sedarlah....setiap apa yang kita lakukan...jika kita benar2 ikhlas hati kita akan sentiasa dilindungi ALLAH swt... sedarlah... memaafkan itu kunci kepada keihlasan hati.... sinar wajah mu akan sentiasa berseri dengan hati yang suci....hati yang sentiasa tabah menerima dugaan....dan hati yang sentiasa memberi yang terbaik kepada tuan nya....di dunia dan akhirat kelak....

Bermula misi baru

selalu sangat aku berfikir masalah orang....sehingga kan aku lupa aku jugak mempunyai masalah sendiri...  masalah yang aku tinggalkan dan aku abaikan. aku cuba terus abaikan....dan abaikan lagi.... kerana apa yang berlaku kat diri aku, aku sentiasa anggap dugaan dari ALLAH swt... dugaan yang mendewasakan aku. dugaan yang membuatkan aku berubah...dari hari ke hari....dugaan yang tidak dapat mengawal emosi aku.

aku suka marah2...marah bila kebenaran aku ketahui...marah bila ingin bercerita atau menegakkan kebenaran... marah bila orang tidak mahu mendengar kata hati ku....ermmm marah yang sentiasa buat orang membenci diri nie. aku sedar...tapi aku tak mampu melawan kemarahan aku...kerana tindakan mereka....tindakan mereka telah menaikkan kemarahan aku....tindakan yang aku sedar....aku tidak patut membenarkan seseorang menyentuh hati ku untuk terus dilukai dan marah2....


YA ALLAH swt....kau sahaja yang mampu menjaga hati ini....hati yang tidak mampu menahan dugaan mu.... dugaan yang mampu memusnahkan hidup ku dan merosakkan keimanan ku....YA ALLAH... kau teguhkan imanku...teguhkan pendirian ku...teguhkan prinsip hidup ku....kau lancarkan perjalanan ku di dunia dan akhirat....

amin...amin...amin....

Yang pertama

karangan pertama aku kat blog nie...hee...wah...terasa tenang hati ini bila boleh menulis....ermm tak semua kita boleh berkongsi tapi semua kita boleh luahkan dalam cara yang berlapik...berlapik lapik....asalkan masih dalam emosi yang dikawal....sekadar luahan.

mencari ketenangan hati untuk kita lebih dekat dengan ALLAH swt...itu yang kita kena belajar....belajar berusaha kekal kan cinta ALLAH swt dalam hati kita....