Tuesday 13 March 2012

Bermula misi baru

selalu sangat aku berfikir masalah orang....sehingga kan aku lupa aku jugak mempunyai masalah sendiri...  masalah yang aku tinggalkan dan aku abaikan. aku cuba terus abaikan....dan abaikan lagi.... kerana apa yang berlaku kat diri aku, aku sentiasa anggap dugaan dari ALLAH swt... dugaan yang mendewasakan aku. dugaan yang membuatkan aku berubah...dari hari ke hari....dugaan yang tidak dapat mengawal emosi aku.

aku suka marah2...marah bila kebenaran aku ketahui...marah bila ingin bercerita atau menegakkan kebenaran... marah bila orang tidak mahu mendengar kata hati ku....ermmm marah yang sentiasa buat orang membenci diri nie. aku sedar...tapi aku tak mampu melawan kemarahan aku...kerana tindakan mereka....tindakan mereka telah menaikkan kemarahan aku....tindakan yang aku sedar....aku tidak patut membenarkan seseorang menyentuh hati ku untuk terus dilukai dan marah2....


YA ALLAH swt....kau sahaja yang mampu menjaga hati ini....hati yang tidak mampu menahan dugaan mu.... dugaan yang mampu memusnahkan hidup ku dan merosakkan keimanan ku....YA ALLAH... kau teguhkan imanku...teguhkan pendirian ku...teguhkan prinsip hidup ku....kau lancarkan perjalanan ku di dunia dan akhirat....

amin...amin...amin....

No comments:

Post a Comment